Blog

Profesion guru tadika dipandang rendah?

teacher respect 1 e1543441721293

Hasil tulisan Nur Hamizah Azmi

 

"Belajar tinggi tinggi jadi cikgu Taska,Tadika dan prasekolah je, basuh berak budak." 

"Senang je jadi cikgu Pendidikan Awal Kanak-Kanak Ajar ABC, 123 je"

"Jadi cikgu taska dan tadika senang je jaga budak budak."

Mentaliti orang kita. Suka pandang rendah pada pendidik seperti kami sebagai seorang Cikgu Taska Dan Tadika sahaja.

Sebagaimana hebatnya panggilan cikgu itu, begitu jugalah hebat dan mencabarnya tugas sebagai seorang guru apatah lagi menjadi guru kepada anak-anak awal usia ini iaitu yang berumur antara Bayi hingga 6 tahun.

Memang sungguh mencabar. Tapi itulah hakikatnya.

Bidang pendidikan awal kanak-kanak ini memang menyeronokkan dan ada auranya sendiri. Paling indah dan paling seronok bila tengok anak-anak ini menjadi anak-anak yang baik dan berjaya dalam apa jua bidang mereka.

Pendidik adalah golongan yang hebat

Meh kita tengok apa kehebatan cikgu tadika ini:

  1. Bila pelajar menangis, pujuk dengan macam-macam cara.
  2. Bila pelajar takmau bergerak, cikgu akan dukung walaupun badan mereka besar dari biasa.
  3. Kadang-kadang ada pelajar yang terbuang air kecil atau besar dalam seluar semasa sesi pembelajaran, muntah lepas makan atau sebagainya, cikgu jugalah yang tolong basuhkan.
  4. Datang tak tahu baca, tulis dan kira, hujung tahun semua pandai macam-macam.
  5. Latih anak kecil bersukan, ingat senang ke? kita suruh lari ke depan mereka lari ke belakang.
  6. Mengajar membaca perlu masa, nak ajar bunyi satu huruf pun jenuh, inikan pula nak ajar mereka membaca buku.

Jadi walau apa pun orang cakap kami saja tahu apa tugas kami sebagai pendidik. Semoga terus tabah & teruskan perjuangan sebagai seorang pendidik. -TAMAT-

Persepsi merendahkan profession guru tadika ini perlu dipadamkan kerana tanpa guru-guru ini maka tempanglah sistem pendidikan negara. Profession inilah yang sepatutnya diangkat kerana dengan sumbangan mereka anak-anak kita mula belajar daripada tidak mengenal huruf kepada tahu membaca, menyanyi dan menulis. 

Daftar untuk Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak

Comments powered by CComment

Search