Blog

Cara memohon jawatan guru tabika taska KEMAS untuk graduan Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak

Permohonan jawatan guru tadika/taska Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS)

Perhatian! graduan pendidikan awal kanak-kanak jom baca ni dan terus daftar ke dalam sistem KEMAS.

ogi

Setiap tahun Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) akan membuka permohonan secara dalam talian kepada yang layak untuk mengikuti Kursus Sijil Pendidikan Awal kanak-kanak (TABIKA/TASKA). Calon-calon yang berjaya dalam kursus ini akan dipertimbangkan untuk berkhidmat sebagai jawatan yang telah ditetapkan (Guru Tadika / Taska KEMAS).

Cara untuk membuat permohonan ialah:

 

  1. Membuat permohonan secara atas talian di melaui Kemas Intake System di pautan ini  : Sistem Online Permohonan Kursus Sijil Pendidikan Awal Kanak-Kanak Tabika/ Taska KEMAS
  1. Panduan mengisipermohonan online : Manual Pendaftaran Kemas Intake System

(Boleh mendaftar sebelum iklan pengambilan dikeluarkan, iklan pengambilan Kursus Pendidikan Awal Kanak-Kanak kebiasaannya dibuat pada awal tahun dan Iklan akan diapungkan di dalam Kemas Intake System)

Sila ambil perhatian bahawa Permohonan yang tidak lengkap atau lewat dikemukakan tidak akan dilayan. Hanya permohonan yang dilakukan secara online sahaja akan diterima. Isikan maklumat dengan tepat dan lengkap, sertakan semua dokumen yang diminta dan hantar permohonan sebelum tarikh tutup. Selamat berjaya kepada semua calon guru tadika/taska KEMAS.

 

 

Search