Kampus

Kampus Kolej SIDMA, Kota Kinabalu

 

Terletak kira-kira 7 minit dari bandar Donggongon dan kira-kira 15 minit dari Kota Kinabalu. Kolej SIDMA juga terletak berhampiran di kawasan Pusat Komersial Beverly Hills dan di kelilingi dengan pusat kedai buku, gerai makanan, bank, hotel bajet, pasar raya serta kawasan kediaman dengan penginapan hostel yang mudah didapati untuk pelajar.

Kampus ini mempunyai keluasan kira-kira 47,000 kaki persegi dengan reka bentuk kontemporari, menyediakan kemudahan seperti pusat sumber, surau, makmal komputer, dewan serbaguna, teater kuliah, ruang rehat pelajar dengan akses WiFi percuma, gimnasium, kafe kampus, kedai alat tulis dan fotokopi, pusat penjagaan kanak-kanak, serta tempat letak kereta bawah tanah yang luas.

Search