Diploma Kemahiran Malaysia Pengurusan Mutawif Umrah & Ziarah

mutawif-banner.jpg

DIPLOMA KEMAHIRAN PENGURUSAN MUTAWWIF UMRAH & ZIARAH


Pengenalan

Diploma Kemahiran Pengurusan Mutawwif Umrah & Ziarah merupakan program pendidikan yang disusun khusus untuk memenuhi keperluan industri perkhidmatan pelancongan agama, khususnya dalam pengurusan dan penyelenggaraan perjalanan umrah dan ziarah. Program ini bertujuan untuk menyediakan pelajar dengan pengetahuan, kemahiran praktikal, dan nilai-nilai etika yang diperlukan untuk menjadi seorang mutawwif yang cekap, profesional, dan berkualiti tinggi.

Dengan penekanan pada pendekatan praktikal dan aplikasi industri, program ini tidak hanya bertujuan untuk menyediakan pelajar dengan pengetahuan teoritikal, tetapi juga kemahiran praktikal yang relevan dengan keperluan sebenar industri perkhidmatan pelancongan agama. Melalui program ini, diharapkan pelajar dapat menjadi mutawwif yang profesional, berdaya saing tinggi, dan dapat menyumbang secara positif kepada kemajuan industri umrah dan ziarah.

Syarat Kelayakan

    1. Menguasai Kemahiran 3M (Membaca, Menulis dan Mengira)
    2. Berumur 18 – 40 tahun
    3. Warganegara Malaysia
    4. Sihat mental dan fizikal

Peluang Kerjaya

Travel guide, Mutawif Profesional, Usahawan agensi pelancongan, konsultan perjalanan umrah dan haji, pencermah bebas, Pengurus Perjalanan, pengurus Agensi Pelancongan, pegawai pemasaran, Pengusaha pelancongan muslim, tenaga pengajar

Brosur

 

Search