All Bulletin

IMG 20241122 WA0156

KOTA KINABALU, 22 November 2024 – SIDMA College Sabah melakar sejarah baharu apabila meraikan seramai 107 graduan sempena Majlis Konvokesyen Ke-10 yang berlangsung di Dewan Auditorium Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN), Sabah. Majlis penuh gilang-gemilang itu telah dirasmikan oleh Menteri Belia dan Sukan Negeri Sabah, Datuk Ellron Alfred Angin.

Dalam ucapan perasmiannya, Datuk Ellron menzahirkan ucapan tahniah kepada graduan atas kejayaan mereka serta memuji usaha SIDMA College dalam melahirkan graduan yang berkualiti dan berdaya saing. "Pendidikan adalah aset utama dalam membentuk masyarakat yang maju dan seimbang. Saya percaya graduan SIDMA akan terus menjadi pemangkin kepada pembangunan negeri ini," katanya.

Selain daripada itu, “Hari ini adalah satu acara untuk meraikan pencapaian anda, tetapi ia juga merupakan permulaan bab baru dalam hidup anda. Semasa anda memulakan perjalanan yang menarik ini, semoga anda menghadapi setiap peluang dan cabaran dengan keberanian dan ketekunan. Saat kejayaan ini hanyalah permulaan kepada jalan yang dipenuhi dengan potensi dan kemungkinan,” ujar beliau.

IMG 20241122 WA0150 696x464

Majlis tersebut turut menyaksikan penghargaan khas diberikan kepada pelajar cemerlang. Abigail Joan Frederick dinobatkan sebagai penerima Anugerah Pelajar Terbaik SIDMA 2024 bagi program Diploma Pendidikan Awal Kanak-kanak. Kecemerlangannya bukan sahaja dalam akademik, tetapi juga dalam aktiviti kokurikulum menjadikan beliau contoh terbaik kepada rakan seperjuangan.

Sementara itu, Anugerah Pelajar Terbaik bagi program Diploma Pengurusan diberikan kepada Darren Paulson Linggi, yang turut dipuji atas dedikasi dan prestasi akademiknya yang konsisten sepanjang pengajian.

Graduan-graduan lain turut menerima diploma dalam pelbagai bidang, membuktikan komitmen SIDMA College dalam menawarkan program pendidikan yang relevan dengan keperluan industri semasa.

Majlis diakhiri dengan sesi bergambar bersama para graduan, pensyarah, dan tetamu kehormat, mencipta kenangan manis bagi semua yang hadir. Kejayaan ini bukan sahaja milik para graduan tetapi juga bukti kukuh terhadap kecemerlangan SIDMA College dalam sektor pendidikan tinggi di Sabah.


FTB2023

Kota Kinabalu, Sabah: 7 hingga 10 November 2023, Sabah Negeri Di Bawah Bayu telah menjadi saksi kepada kemeriahan Festival Tari Borneo Edisi Ke-8, 2023 yang diadakan di Kompleks Auditorium Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Sabah. Festival dwi-tahunan yang sangat dinantikan ini menjadi titik pertemuan yang menakjubkan bagi penari, seniman, dan pencinta seni dari seluruh pelusuk kepulauan Borneo.

Festival kali ini telah dirasmikan oleh YBhg. Prof. Datin Paduka Dr. Samsinar binti Md. Sidin Naib Canselor Universiti Tun Abdul Razak (UNIRAZAK) dan dihadiri oleh semua wakil-wakil seluruh Universiti dan Universitas di kepulauan Borneo. Penganjuran tahun ini juga dijayakan hasil kerjasama SIDMA College, selaku Pusat Wilayah UNIRAZAK Sabah, Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara (JKKN) serta Education Malaysia Global Services (EMGS).

 MTV 2

SIDMA College recently received a special visit from 16 members of the Discover Muay Thai (DMT) Academy (Batch 6). The purpose of this visit was to provide them with insights into the learning programs offered by SIDMA College.

This visit was organized as part of SIDMA College's initiative to expose more individuals to quality educational opportunities available at the institution. Members of the Discover Muay Thai (DMT) Academy expressed their interest in enhancing their education while continuing to pursue their passion for Muay Thai.

Page 1 of 52

Search