Kota Kinabalu, Sabah: 7 hingga 10 November 2023, Sabah Negeri Di Bawah Bayu telah menjadi saksi kepada kemeriahan Festival Tari Borneo Edisi Ke-8, 2023 yang diadakan di Kompleks Auditorium Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Sabah. Festival dwi-tahunan yang sangat dinantikan ini menjadi titik pertemuan yang menakjubkan bagi penari, seniman, dan pencinta seni dari seluruh pelusuk kepulauan Borneo.
Festival kali ini telah dirasmikan oleh YBhg. Prof. Datin Paduka Dr. Samsinar binti Md. Sidin Naib Canselor Universiti Tun Abdul Razak (UNIRAZAK) dan dihadiri oleh semua wakil-wakil seluruh Universiti dan Universitas di kepulauan Borneo. Penganjuran tahun ini juga dijayakan hasil kerjasama SIDMA College, selaku Pusat Wilayah UNIRAZAK Sabah, Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara (JKKN) serta Education Malaysia Global Services (EMGS).