Blog

TAHNIAH! GRADUAN IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN

CongratulationsSetinggi- tinggi tahniah diucapkan kepada semua graduan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan UNIRAZAK yang telah berjaya menerima surat perlantikan daripada Kementerian Pendidikan Malaysia sebagai penjawat awam DG41. Seluruh warga SIDMA dan UNIRAZAK Sabah turut berbangga dengan perlantikan ini. Ini membuktikan bahawa graduan universiti swasta sentanding dengan graduan univeristi awam.

 

Dalam minggu kebelakangan ini ramai pensyarah dan kakitangan SIDMA College menerima pesanan melalui whatsapp daripada graduan yang memaklumkan mereka telah mendapat surat lantikan sebagai guru, ada yang mendapat lantikan tetap dan ada juga yang mendapat lantikan kontrak bersyarat. Sebagai penyedia pendidikan tinggi kami sangat berbangga kerana graduan telah berjaya mendapat penempatan selepas menjalani proses tapisan yang ketat melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajran (SPP) dan persaingan yang sengit antara graduan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan. Perjuangan graduan ini tidak mudah, mereka memberikan komitmen untuk mengambil program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan dengan megetahui tidak ada jaminan mereka akan menjadi guru kerjaan dan saingan mereka adalah graduan-graduan daripada Universiti Awam dan Universiti swasta yang lain. Namun siapa kita untuk menidakkan rezeki yang diberikan oleh pencipta kita, keyakinan dan kecekalan yang tinggi telah membentuk graduan ini menjadi individu yang teguh dan berdaya saing. Graduan ini juga merupakan graduan 'lock down' dimana pembelajaran mereka diadakan secara online dan seperti yang diketahui pembelajaran secara online pada awalnya sangat mencabar apatah lagi ramai graduan berasal dari kawasan yang tidak diliputi dengan kemudahan internet, selain itu ramai juga yang tidak memiliki peranti seperti laptop dan tablet untuk menghadiri kuliah secara online namu usaha mereka untuk meneruskan pengajian pada tempoh mencabar harus dipuji. Usaha mereka akhirnya menghasilkan buah yang manis kerana graduan telah berjaya mencapai apa yang merkea impikan.

Disini kami catatkan kisah perjalanan graduan pendidikan:

Julai 2019- Mendaftar sebagai pelajar

Oktober 2022 - Tamat belajar & LULUS mendapat Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Kepujian)

April  2023 - Membuat permohonan di SPP untuk jawatan guru DG41

Julai 2023 - Mendapat jawapan daripada SPP untuk menghadiri temuduga

Julai  2023 - Menghadiri temuduga SPP

November 2023 - Mendapat keputusan temuduga (BERJAYA) dan kini sedang menunggu Tarikh keramat untuk lapor diri hari pertama sebagai guru di Jabatan pendidikan Negeri Sabah (JPNS) sebelum mendapat penempatan bertugas.

Peluang anda yang berminat untuk menjadi guru masih terbuka di UNIRAZAK. Kami menjemput semua pelajar lepasan SPM/STPM/Diploma yang berminat untuk berkhidmat dibidang pendidikan pada masa akan datang untuk melanjutkan pengajian Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Kepujian) UNIRAZAK. Program ini mengambil masa 3 tahun dan syarat kelayakan adalah seperti berikut:
SYARAT KELAYAKAN

  • STPM- Lulus Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia dengan minima gred C (GPA 2.00) dalam 2 mata pelajaran; atau
  • STAM – Lulus Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dengan minima gred Jayyid; atau
  • UEC – Lulus Unified Examinantion Certificate (UEC) dengan minima gred B dalam 5 mata pelajaran ; atau
  • Matrikulasi/Asasi – Lulus Matrikulasi/Asasiatau setaraf dengannya dengan minima PNGK 2.0 ; atau
  • DIPLOMA – Lulus diploma atau setaraf dengannya dengan minima PNGK 2.0 ; atau
  • Lain – lain kelulusan yang setaraf seperti seperti Diploma Kemahiran Malaysia (DKM),Diploma Lanjutan Kemahairan Malaysia (DLKM), Diploma Vokasional Malaysia (DVM), A-Level dan lain-lain tertakluk kepada kelulusan senat.
  • Syarat kemasukan melalui Pengiktirafan Pengalaman Terdahulu (APEL-A):

           - Warganegara Malaysia berusia lebih dari 21 tahun pada tahun permohonan

           - Pengalaman kerja yang berkaitan dengan bidang yang dipohon

           - Lulus Penilaian APEL.

STRUKTUR KURSUS

KURSUS TERAS UNIVERSITI dan MPU

  • Penghayatan Etika dan Peradaban
  • Falsafah dan Isu Semasa
  • Malaysian Studies (International)
  • Bahasa Melayu Komunikasi II (International)
  • Thinking Skills
  • Bahasa Kebangsaan A
  • Community Engagement and Volunteering OR Professional Event Management (Co-curriculum)
  • Introduction to the Malaysian Constitution
  • Volunteerism and Service Learning

KURSUS ASAS PENDIDIKAN

  • Interpersonal and Communication Skills
  • Philosophy, History & Policy of Education
  • Sociology in Education
  • Pedagogy in Education
  • Research Methodology in Education
  • Technology in Education
  • Management & Leadership in Education
  • Learner and Learning

SUBJEK TERAS

  • Spirituality in Education
  • Testing & Evaluation in Education
  • Curriculum and Approaches to Instruction
  • Cognitive Psychology & Other Related Sciences in Education
  • Project Paper in Education
  • Micro Teaching

SUBJEK ELEKTIF  (Related Discipline or from other minor)

  • School Families and Communities
  • Teacher's Leadership
  • Statistics for Educational Research
  • Counselling in Education
  • Coaching and Mentoring
  • Psychosociology for Social Science

Other Discipline*/ or from other faculty

  • Public Speaking 1
  • Public Speaking 2
  • Entrepreneurship and Innovation

MAJOR / PENGKHUSUSAN (pilih 1)

BAHASA MELAYU

  • Kaedah Mengajar Bahasa Melayu
  • Kemahiran Berkomunikasi Dalam Pengajaran Bahasa Melayu
  • Kesusasteraan Dalam Pengajaran Bahasa Melayu
  • Kreativiti Dan Inovasi Dalam Pengajaran Bahasa Melayu
  • Linguistik Dalam Pendidikan Bahasa Melayu
  • Pengajaran Kemahiran Membaca Dalam Bahasa Melayu
  • Pengajaran Nahu Bahasa Melayu
  • Drama Dalam Pengajaran Bahasa Melayu

LANGUAGE AND LITERATURE

  • An Introduction to Linguistics
  • English Phonetics and Phonology
  • Morphology and Syntax
  • The Language Deficient Learner
  • Teaching, Listening and Speaking
  • Teaching, Reading and Writing
  • The Teaching and Appreciation of Literature

MATHEMATICS

  • Calculus
  • Introduction to Linear Algebra
  • Discrete Mathematics
  • Modern Geometrics
  • Introduction to Statistical Analysis
  • Perspective in Mathematics
  • Technology and Math Education
  • Pedagogy in Mathematics

SPECIAL EDUCATIONAL NEEDS

  • Introduction to Special Needs
  • Early Intervention Program
  • Speech, Language and Communication Disorders
  • Writing Individualized Education Plan (IEP)
  • Teaching Methodologies for Children with Special Needs
  • Assessment and Evaluation in Special Needs Education
  • Educating Parents of Children with Special Needs
  • Behavior Management for Special Needs Education

BAHASA KADAZAN DUSUN

  • Kemahiran Mendengar dan Bertutur BahasaKadazandusun
  • Kebudayaan dan Kesusasteraan Masyarakat Kadazan Dusun
  • Fonetik dan Fonologi Bahasa Kadazandusun
  • Kemahiran Membaca Bahasa Kadazandusun
  • Kemahiran Menulis Bahasa Kadazandusun
  • Morfologi Bahasa Kadazandusun
  • Sintaksis Bahasa Kadazandusun
  • Semantik dan Peristilahan Bahasa Kadazandusun

PROFESSIONAL PRACTICE TRAINING

  • Professional Practice

 

 

Search