Festival Tari Borneo adalah satu festival kebudayaan antarabangsa yang berprestij dimana universiti di seluruh kepulauan Borneo (Kalimantan Indonesia, Brunei, Sabah, Sarawak dan Labuan) menghantar wakil pasukan tari untuk mempersembahkan tarian bertemakan etnik borneo di dalam sebuah pertandingan. Festival ini merupakan cetusan idea Ybhg. Prof Dato Dr Jamil Haji Hamali yang merupakan pemikir dasar Rektor UiTM Cawangan Sarawak pada ketika itu dan dibantu pula oleh rakan-rakan peneraju dari seluruh universiti dari Kepulauan Borneo yang telah banyak memberi input dan idea dalam memastikan festival terus disemarakkan. Festival edisi pertama dan ke-2 telah dilaksanakan dengan jayanya pada tahun 2006 dan 2008 di UiTM Sarawak.
Pada tahun 2010, Festival edisi ke-3 telah dihoskan oleh UiTM Sabah. Manakala Universitas Tanjung Pura, Pontianak telah menjadi tuan rumah pada edisi yang ke-4 pada tahun 2014. Pada tahun 2016, menyaksikan festival berprestij Borneo serta antarabangsa ini telah melebarkan sayapnya di Universitas Mulawarman Samarinda, Kalimantan Timur sebagai tuan rumah untuk edisi yang ke-6. Edisi ke - 7, Universiti Putra Malaysia (UPM) Bintulu telah menyahut cabaran menjadi tuan rumah bagi edisi ke - 7 pada tahun 2018.
This web page was created with Mobirise web theme