Pengenalan

Kepulauan Borneo bukan sekadar diselubungi kehijauan hutan dan alam flora dan fauna yang menarik tetapi juga kaya dengan kepelbagaian kumpulan etnik serta tradisi dan budaya. Salah satu ekspresi yang menjadi tarikan utama di Borneo melalui khazanah warisan budaya adalah seni tarian tradisional. Seni tarian yang telah menjadi turun temurun dari generasi ke generasi seterusnya meraikan kehidupan, mencorak persahabatan, dan mengagungkan alam semula jadi, merupakan sebahagian daripada fabrik sosial di kepulauan Borneo.

Festival Tari Borneo adalah satu festival yang diadakan secara dwitahunan yang mana ia melibatkan 14 buah institusi pengajian tinggi di kepulauan Borneo yang merangkumi Malaysia, Brunei dan Indonesia. Sebelum ini, festival ini telah diadakan di beberapa lokasi, iaitu di Sarawak, (UiTM Kuching, UPM Bintulu, UiTM Kota Kinabalu) dan juga beberapa kali di Kalimantan, khususnya di Pontianak dan Samarinda. Festival ini merupakan satu platform kepada pertandingan tarian kreatif etnik yang berasaskan gerak tari tarian tradisional Borneo. Penganjuran Festival ini telah berjaya dilaksanakan secara dwitahunan semenjak tahun 2006 iaitu sebanyak 7 kali. Walaubagaimanapun, ia telah terhenti seketika apabila dunia berdepan dengan pandemik Covid-19 dari tahun 2020 hingga 2021.

Festival Tari Borneo bertujuan untuk mempamerkan keindahan tarian tradisional dengan menyediakan satu platform untuk pasukan tari yang mewakili seluruh universiti di kepulauan Borneo untuk mempamerkan bakat dan warisan budaya mereka. Di samping itu, festival ini juga boleh dilihat sebagai inisiatif terbaik ke arah mempromosikan pertukaran budaya dan memupuk persefahaman di kalangan pelajar universiti di kepulauan Borneo. Festival sebegini sememangnya berupaya untuk menghimpunkan pelajar dari pelbagai latar belakang etnik dan wilayah, serta memberi peluang keemasan kepada pelajar untuk mempelajari serta menekankan penghayatan yang lebih tinggi terhadap silang budaya dan kaum agar semangat perpaduan antara pelbagai bangsa dapat terus dipupuk dan berkekalan. 

Sekretariat

SIDMA College, City Campus
Jalan Bundusan, 88300
Kota Kinabalu, Sabah
MALAYSIA

web page was designed with Mobirise website themes