Saya bercita-cita untuk menjadi guru tetapi keputusan SPM saya tidak layak untuk masuk ke Institusi Perguruan Malaysia (IPG), di mana saya boleh sambung pengajian untuk mencapai cita-cita sebagai seorang guru?
Bagi lepasan SPM yang mempunyai minat mendalam dalam bidang pendidikan pastinya akan mencari 1001 jalan untuk meneruskan cita-citanya. Ini sama kisahnya seperti Cikgu Fredoline yang kini bertugas di SM Chung Hwa, Tenom yang sanggup berhenti belajar di Universiti Awam kerana tidak berminat dengan kursus yang ditawarkan, walaupun telah menghabiskan satu semester beliau nekad berhenti dan menyambung pengajian ke UNIRAZAK Sabah dengan mengambil Ijazah Sarjana Muda Pendidikan kerana cintanya kepada bidang pendidikan. Berbekalkan kecekalan dan usaha tanpa menoleh kebelakang beliau berbangga dengan profesion yang disandangnya sekarang sebagai seorang guru.
LALUAN MENJADI GURU DENGAN IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN
Di UNIRAZAK, modul pembelajaran program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan dibangunkan selaras dengan keperluan pendidikan terkini. Program ini dibangunkan untuk mempersiapkan bakal pendidik dengan pengetahuan dan kemahiran yang penting dalam pendidikan. Pendidikan pada zaman ini semakin mencabar dan bakal-bakal pendidik bukan sahaja memerlukan kemahiran pendidikan asas dan metodologi pengajaran tetapi bakal guru juga perlu menguasi kemahiran dalam aspek-aspek seperti psikologi dalam pendidikan, teknologi dalam pendidikan, pengurusan organisasi, kepimpinan, spiritual dalam pendidikan dan inovasi pendidikan. Dengan kemahiran in graduan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan bukan sahaja boleh membina kerjaya sebgai guru di sekolah tetapi boleh menjadi pengasas kepada perkara-perkara yang baru dalam pendidikan, contohnya pencipta aplikasi, penyelidik, jurulatih sektor korporat, pensyarah dana usahawan.
KEMAHIRAN PENTING YANG PERLU ADA PADA GURU
Profesion guru pada masa kini merupakan satu bidang yang sangat mencabar berbanding dahulu. Anak-anak kini di lahirkan di zaman yang serba moden dan pembesaran mereka dipengaruhi pelbagai faktor seperti latar belakang keluarga, persekitaran tempat membesar, pergaulan, teknologi, pendedahan alam siber, pendedahan kepada pelbagai sumber berita, cabaran spiritual dan kepercayaan dan banyak lagi. Oleh itu seorang guru perlu bersedia lebih daripada mempunyai ilmu ikhtisas dalam mata pelajaran yang diajar sahaja tetapi guru kini dituntut untuk mempunya kemahiran insaniah seperti;
- Komunikasi
Komunikasi yang baik membawa kepada penyampaian maklumat yang lebih baik. Seorang guru yang mempunyai kemahiran komunikasi yang berkesan mampu menyampaikan pengajaran dengan lebih efektif dan dapat dengan teknik komunikasi yang berbeza guru boleh memastikan ilmu yang disampaikan diterima oleh pelbagai tahap murid. Selain daripada itu komunikasi yang baik ini penting untuk memupuk kerjasama dengan rakan sekerja, ibu-bapa dan orang luar.
- Pengurusan
Seorang guru yang cekap perlu mempunyai kemahiran mengurus. Kemahiran ini penting untuk guru kerana selain mengurus pelan pengajaran harian, guru juga bekerja mengurus bilik darjah, mengurus murid, mengurus aktiviti sekolah dan megurus data-data sekolah. Kemahiran ini penting untuk memastikan segala tugasan yang diberikan dapat dilaksanakan dengan sempurna. Selain itu salah satu aspek yang penting untuk diurus ialah pengurusan masa, ini kerana sistem persekolahan mempunyai takwim setiapa tahun, takwim boleh dijadikan sebagai sebagai panduan untuk merancang aktiviti-aktiviti sekolah sepanjang tahun. Pengurusan yang baik akan membentuk persekitaran yang kurang tekanan.
- Motivasi
Setiap hari guru berdepan dengan ramai muriddan setiap murid mempunyai perangai serta latar belakang yang berbeza dan adalah sukar untuk menggunakan satu teknik sahaja untuk memastikankan semua pelajar memahami sesuatu pengajaran pada kapasiti yang sama. Namun sebagai seorang guru adalah penting untuk menjadi icon yang boleh memotivasikan anak-anak yang berada di sekolah. Kemahiran motivasi ini penting untuk memberikan semangat dan menarik minat murid untuk teruskan pembelajaran. Kemahiran ini meningktkan rasa hormat kepada guru serta menghilangkan ketakutan untuk berkongsi masala pembelajaran dengan guru.
- Kepimpinan
Di sekolah, secara tidak langsung guru merupakan figura pemimpin kepada murid-murid oleh kemahiran kepimpinan penting bagi seorang guru. Keterampilan sebagai pemimpin menjadikan guru sebagai sosok yang dikagumi, dipandang tinggi, dihormati dan disenangi bukan sahaja oleh para murid tetapi juga ibu bapa dan rakan sekerja. Kebolehan memimpin meningkatkan lagi nilai seorang guru dalam komuniti.
IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN, UNIRAZAK
UNVERSITI TUN ABDUL RAZAK (UNIRAZAK) menawarkan program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan dengan pilihan-pilihan pengkhususan berikut:
- Matematik
- Bahasa Melayu
- Language and Literature
- Pendidikan Khas
- Bahasa KadazanDusun.
Tempoh pengajian untuk mengambil program ini ialah 3 tahun bersamaan 9 semester dan syarat kelayakan untuk mengambil program adalah seperti berikut.
SYARAT KELAYAKAN
- STPM- Lulus Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia dengan minima gred C (GPA 2.00) dalam 2 mata pelajaran; atau
- STAM – Lulus Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dengan minima gred Jayyid; atau
- UEC – Lulus Unified Examinantion Certificate (UEC) dengan minima gred B dalam 5 mata pelajaran ; atau
- Matrikulasi/Asasi – Lulus Matrikulasi/Asasiatau setaraf dengannya dengan minima PNGK 2.0 ; atau
- DIPLOMA – Lulus diploma atau setaraf dengannya dengan minima PNGK 2.0 ; atau
- Lain – lain kelulusan yang setaraf seperti seperti Diploma Kemahiran Malaysia (DKM),Diploma Lanjutan Kemahairan Malaysia (DLKM), Diploma Vokasional Malaysia (DVM), A-Level dan lain-lain tertakluk kepada kelulusan senat.
- Syarat kemasukan melalui Pengiktirafan Pengalaman Terdahulu (APEL-A):
- Warganegara Malaysia berusia lebih dari 21 tahun pada tahun permohonan
- Pengalaman kerja yang berkaitan dengan bidang yang dipohon
- Lulus Penilaian APEL.
STRUKTUR KURSUS
KURSUS TERAS UNIVERSITI dan MPU
- Penghayatan Etika dan Peradaban
- Falsafah dan Isu Semasa
- Malaysian Studies (International)
- Bahasa Melayu Komunikasi II (International)
- Thinking Skills
- Bahasa Kebangsaan A
- Community Engagement and Volunteering OR Professional Event Management (Co-curriculum)
- Introduction to the Malaysian Constitution
- Volunteerism and Service Learning
KURSUS ASAS PENDIDIKAN
- Interpersonal and Communication Skills
- Philosophy, History & Policy of Education
- Sociology in Education
- Pedagogy in Education
- Research Methodology in Education
- Technology in Education
- Management & Leadership in Education
- Learner and Learning
SUBJEK TERAS
- Spirituality in Education
- Testing & Evaluation in Education
- Curriculum and Approaches to Instruction
- Cognitive Psychology & Other Related Sciences in Education
- Project Paper in Education
- Micro Teaching
SUBJEK ELEKTIF (Related Discipline or from other minor)
- School Families and Communities
- Teacher's Leadership
- Statistics for Educational Research
- Counselling in Education
- Coaching and Mentoring
- Psychosociology for Social Science
Other Discipline*/ or from other faculty
- Public Speaking 1
- Public Speaking 2
- Entrepreneurship and Innovation
MAJOR / PENGKHUSUSAN (pilih 1)
BAHASA MELAYU
- Kaedah Mengajar Bahasa Melayu
- Kemahiran Berkomunikasi Dalam Pengajaran Bahasa Melayu
- Kesusasteraan Dalam Pengajaran Bahasa Melayu
- Kreativiti Dan Inovasi Dalam Pengajaran Bahasa Melayu
- Linguistik Dalam Pendidikan Bahasa Melayu
- Pengajaran Kemahiran Membaca Dalam Bahasa Melayu
- Pengajaran Nahu Bahasa Melayu
- Drama Dalam Pengajaran Bahasa Melayu
LANGUAGE AND LITERATURE
- An Introduction to Linguistics
- English Phonetics and Phonology
- Morphology and Syntax
- The Language Deficient Learner
- Teaching, Listening and Speaking
- Teaching, Reading and Writing
- The Teaching and Appreciation of Literature
MATHEMATICS
- Calculus
- Introduction to Linear Algebra
- Discrete Mathematics
- Modern Geometrics
- Introduction to Statistical Analysis
- Perspective in Mathematics
- Technology and Math Education
- Pedagogy in Mathematics
SPECIAL EDUCATIONAL NEEDS
- Introduction to Special Needs
- Early Intervention Program
- Speech, Language and Communication Disorders
- Writing Individualized Education Plan (IEP)
- Teaching Methodologies for Children with Special Needs
- Assessment and Evaluation in Special Needs Education
- Educating Parents of Children with Special Needs
- Behavior Management for Special Needs Education
BAHASA KADAZAN DUSUN
- Kemahiran Mendengar dan Bertutur BahasaKadazandusun
- Kebudayaan dan Kesusasteraan Masyarakat Kadazan Dusun
- Fonetik dan Fonologi Bahasa Kadazandusun
- Kemahiran Membaca Bahasa Kadazandusun
- Kemahiran Menulis Bahasa Kadazandusun
- Morfologi Bahasa Kadazandusun
- Sintaksis Bahasa Kadazandusun
- Semantik dan Peristilahan Bahasa Kadazandusun
PROFESSIONAL PRACTICE TRAINING
- Professional Practice
Kepada sesiapa yang masih menyimpan cita-cita untuk menjadi seorang guru, daftar di sini.