Blog

MEMOHON PEKERJAAN SEKTOR AWAM /KERAJAAN

SPA9 sektor awam

Apakah yang dimaksudkan dengan sektor awam? Sektor Awam ialah sekor perkhidmatan awam yang lebih dikenali oleh umum sebagai sektor kerajaan, maka secara umumnya tulisan ini akan menceritakan tentang cara-cara memohon pekerjaan di jabatan-jabatan milik  kerjaan. Sektor awam di Malaysia terbahagi kepada dua, iaitu kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan. Blog ini akan akan memberikan maklumat tentang cara memohon perkerjaan di sektor awam kerajaan persekutuan.

Sebelum itu, mari kita kenali kumpulan gred skim perkhidmatan awam terlebih dahulu:

  • Pengurusan Tertinggi : Gred JUSA C hingga Turus I;
  • Pengurusan dan Profesional : Gred 41 hingga Gred 56;
  • Kumpulan Pelaksana Berkelayakan Diploma/STPM : Gred 29 hingga Gred 40;
  • Kumpulan Pelaksana Berkelayakan SPM : Gred 19 hingga Gred 28; dan
  • Kumpulan Pelaksana Berkelayakan PMR/SRP dan ke bawah: Gred 11 hingga Gred 18

(sumber: www.jpa.gov.my)

Daripada maklumat di atas kita boleh simpulkan bahawa tahap kelayakan akademik menentukan gred jawatan yang boleh dipohon. Sebagai contoh sekiranya pemohon mempunyai kelayakan SPM maka pemohon layak memohon jawatan gred 19, namun ini tertakluk kepada dasar ‘one step lower’ di mana pemohon juga boleh memohon jawatan di bawah kelayakan akademik pemohon.

Permohonan untuk berkerja dalam sektor kerajaan boleh dibuat melalui SPA9. (Suruhanjaya Perkhidmatan Awam)

CARA MENDAFTAR SPA 9

  1. Membuat pendaftaran dalam talian melaluihttps://spa9.spa.gov.my
  2. Klik Pendaftaran Pengguna – Skrin Daftar Akaun baru akan terpapar
  3. Isikan maklumat dengan lengkap dan pastikan ruangan bertanda * diisikan.
  4. Soalan Keselamatan - pastikan pemohon mengingati jawapan untuk soalan keselamatan kerana maklumat ini diperlukan sekiranya pemohon terlupa kata laluan.
  5. Tetapkan kata laluan dan masukkan kod keselamatan.
  6. Tandakan setuju sebelum klik Daftar.

Sekiranya terdapat sebarang masalah sila semak panduan di bawah.

PANDUAN PENGGUNA SISTEM PENDAFTARAN PEKERJAAN SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA (SPA9)

Selepas mendaftar, pemohon wajib login semula ke dalam SPA9 dan buat pengesahan email  kemudian lengkapkan maklumat-maklumat yang diminta seperti berikut:

  1. Maklumat Peribadi
  2. Maklumat kelayakan akademik – PMR, SPM/SVM, STPM/DIPLOMA, IJAZAH SARJANA MUDA dan kelayaakan profesional
  3. Maklumat sedang berkhidmat (sekiranya sedang berkhidmat dalam sektor awam)
  4. Maklumat bekas tentera (sekiranya berkaitan)
  5. Maklumat bukan akademik – ( Kurang upaya, Bakat, Kebolehan Bahasa)
  6. Jawatan dimohon- (maksimum 15 jawatan) -Pastikan jawatan yang dipohon adalah jawatan yang layak dipohon berdasarkan kelayakan akademik anda.
  7. Pusat Temuduga – Pilih Pusat Temuduga.
  8. Perakuan Pemohon – pengesahan permohonan dan perakuan semua maklumat yang diberi adalah betul.

Selepas membuat perakuan pemohon, ini bermaksud permohonan anda sudah diterima dan akan diproses oleh pihak SPA. Sekiranya pemohon melepasi tapisan untuk jawatan yang dipohon, pemohon akan dimaklumkan melalui emel dan akan diminta untuk menghadiri peperiksaan atau temuduga.

Pemohon akan diminta untuk mengambil peperiksaan berikut:

  1. Peperiksaan Online
  2. Peperiksaan Psikometrik
  3. Pemeriksaan Fizikal dan Pancaindera (Bagi jawatan yang mesyaratkan fizikal dan pancaindera sahaja)
  4. Ujian Kecergasan Jasmani Kebangsaan (Bagi jawatan yang mesyaratkan fizikal dan pancaindera sahaja)

Pemohon yang berjaya dalam peperiksaan akan dipanggil ke tapisan seterusnya iaitu temu duga, pihak SPA akan memaklumkan panggilan temu duga melalui emel. Sebelum tarikh temu duga, pemohon hendaklah melengkapkan resume dipautan MyResume dan membuat persediaan untuk temuduga.

APA YANG PERLU DIBAWA SEMASA TEMU DUGA SPA?

Semasa temuduga calon perlu membawa dokumen-dokumen asal dengan susunan seperti berikut:

  1. MyKad/ Kad Pengenalan dan Sijil Kelahiran/ Surat Beranak;
  2. SPM/ SPMV/ SVM;
  • STPM/ STAM/ Sijil Matrikulasi KPM/ Sijil Politeknik/ Sijil daripada Institusi yang berkaitan;
  1. skrol dan transkrip akademik bagi pemegang Sijil/ Diploma/ Ijazah Sarjana Muda/ Sarjana/ Doktor Falsafah. Calon adalah dikehendaki untuk menyediakan terjemahan transkrip dalam Bahasa Melayu/ Inggeris bagi yang menggunakan bahasa lain (jika berkenaan);
  2. Surat Pengesahan Senat/ Jawatankuasa berkaitan dan juga mini transkrip akademik (jika berkenaan) bagi calon yang belum memperolehi skrol Sijil/ Diploma/ Ijazah Sarjana Muda/ Sarjana/ Doktor Falsafah;
  3. skrol dan transkrip akademik untuk Ijazah Sarjana Muda bagi calon yang memiliki kelayakan Sarjana/ Doktor Falsafah;
  • slip keputusan peperiksaan Peningkatan Secara Lantikan bagi pegawai Peningkatan Secara Lantikan;
  • surat tawaran biasiswa bagi pemegang biasiswa JPA (jika berkenaan);
  1. Kad Orang Kurang Upaya/ surat pengesahan berdaftar dengan eKasih (jika berkenaan);
  2. sijil-sijil lain yang berkaitan dengan jawatan seperti Sijil Pendaftaran Penuh dengan Lembaga Ikhtisas (jika berkenaan);
  3. sijil kegiatan luar;
  • Ringkasan Kenyataan Perkhidmatan dan Surat Perakuan Ketua Jabatan di pautan https://www.spa.gov.my/spa/panduan/kelayakan/pegawai-sedang-berkhidmat-psl), LNPT terakhir calon untuk pegawai lantikan tetap dalam perkhidmatan awam/ Pihak Berkuasa Tempatan/ Badan Berkanun. Dokumen LNPT hendaklah dilakri oleh Jabatan/ Kementerian sebelum dibawa oleh calon ke pusat temu duga; dan
  • salinan Pengakuan Perkhidmatan Anggota (BAT D 92B) dan Kenyataan Perkhidmatan (BAT.D.132/KEW 14) yang disahkan oleh Jabatan Arah Rekod dan Pencen Angkatan Tentera Malaysia selaras dengan Pekeliling Perkhidmatan Bil. 2 Tahun 2011 (bagi calon Bekas Tentera Malaysia sahaja).

Calon juga perlu membawa membawa senarai semak temu duga daripada sistem MyResume serta pengiktirafan kelayakan akademik daripada MQA, Sijil/ Diploma/ Ijazah Sarjana Muda/ Sarjana/ Doktor Falsafah (jika berkaitan) untuk lantikan ke perkhidmatan awam. Sekiranya kelayakan dalam negara yang dicari tidak ditemui, mohon rujuk kepada Daftar Kelayakan Malaysia (MQR) untuk carian lanjut; dan mematuhi etika pemakaian untuk menghadiri temu duga.

Daftar Program Ijazah Sarjana Muda

 

Search